Friday, July 10, 2009

~~TiNtA bUaT bAkAL sUaMiKu~~


Lirik Lagu Indonesia Terbaru

Assalammualaikum wrt wbt.
Buatmu,Bakal suamiku…

moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…


Entah kenape saja tgn ku ini nk menulis sesuatu yang tersirat dalam kalbu ku buatmu....
Tidak dapat nafikan, sebagai remaja ku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi.
Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah ku mengingatkan diriku bahawa ku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci.
Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain.
Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.


Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan.
Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu.
Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’.
Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.


Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri.
Itulah impianku.
Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku.
Bukan itu yang aku impikan.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu.
Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa.
Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia.
Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu.
Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu.
Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya.
Itu lebih bermakna bagiku.


Dariku,Bakal isterimu

3 comments:

  1. wey...tharu wey...huhuh..
    izinkan aku copy n paste n ltak kt dlm blog aku..hahahah

    ReplyDelete
  2. ala mey...jgn la tiru...aku cipta khas untuk bakal suami ku yang hmmmm x prnah aku jmpa,tp insyaALLAH akan dtg bile ms nye tiba...bkn utk balak ko la...huhuhu

    ReplyDelete
  3. hahhahaha...ala...aku x reti wey nk bina ayat mcm ni..hahahahh

    ReplyDelete