Sunday, March 14, 2010

buang bapa...BERNAMA**

Seorang lelaki berusia 60 tahun yang menghidap sakit buah pinggang mengadu ditinggalkan oleh anaknya di sebuah pusat haemodialisis di Kangar semalam tanpa dijemput pulang selepas menjalani rawatan.

Lelaki itu, yang berasal dari Kodiang, Kedah, menunggu untuk dijemput oleh anaknya selepas selesai rawatan itu tetapi sehingga pusat itu menutup operasinya lewat petang, tiada siapa yang datang menjemputnya.

Kerana bimbangkan keselamatan lelaki itu, kakitangan pusat haemodialisis itu telah menghubungi anaknya tetapi anaknya itu tidak datang.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa ketika ditemui pemberita hari ini berkata, hasil temubual mendapati lelaki itu menerima rawatan di pusat itu setiap tiga minggu dengan dibiayai oleh seorang anak perempuannya.

Lelaki itu juga dikatakan pernah kecil hati terhadap tindakan tertentu anaknya sebelum ini dan mahu ditempatkan di rumah kebajikan.

Ku Chik berkata, lelaki itu akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan di Jejawi dekat Kangar selama 30 hari bagi proses kemasukan secara sukarela, dan jika tiada waris yang mahu menjaganya, dia akan ditempatkan di bawah penjagaan dan perlindungan jabatan itu.

Pada 7 Jan lepas, seorang lelaki berusia 57 tahun ditinggalkan bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya di Behor Temak dekat sini.

Lelaki itu dari Arau yang baru menjalani pembedahan jantung ditemui tidur di sebuah pondok bas.

Dia kini ditempatkan di Rumah Kebajikan Batu Bertangkup, Chuping.

- Bernama

Nauzubillahi min zalik...


***abah...net always love u***
love mama....love abah....
.................................................................................................................


No comments:

Post a Comment