Saturday, October 31, 2009

~~~ABADIKAN~~~

Jadilah perhiasan dunia,
yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan.

Sirami jiwamu dengan titis haruman iman,
maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata.

Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah,
menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq.

Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat,
sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana.

Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa.
Moga mengalirlah air mata keinsafan.
Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya.

Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri,
natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa.

Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya.

Friday, October 2, 2009

layar keinsafan...salam terakhir~~~

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Monday, September 28, 2009

kembara hidup


Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selamaini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati

Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira

Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta
Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba

Tak terdaya rasanya kaki melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan

Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata

Tuesday, September 15, 2009

kenangan balik raya



balik raye???
hmmm
teringat raye tahun lepas lak dah...
time tu aku d tinggal kn oleh bus...
jahat tol bus tu...
kalut tol...
lek r pak cik...
don marah2..
huhuhu...


penat aku berlari dr LOW YAT
ke PUDU time tu...
tut2 smp,
bus dah move...
terpakse la kejar dgn teksi...
naseb bek sempat kejar...

klu x, x balik raye la aku tahun lepas...
menangis mama ak nt...
huahua


harap2 balik raye rabu mlm nt
x d tinggal bus dah..
tawakal je lah..


TO ALL MY SWEET FRIENDS, SAHABAT2 SEJATI, KELUARGAKU, SAUDARA2 KU, n DIA

" SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN"

Saturday, September 5, 2009

~~~semalam...hari ini...akan dtg~~~


KEHIDUPAN....
ada pe dgn kehidupan???

kehidupan x menjanjikan kebahagiaan sepnjg masa...
kadg kala ALLAH mberi hambaNYA dugaan...

nape ALLAH bg dugaan???
sebab ALLAH sgt2 sayang kita...
DIA nk kita dekat dgnNYA...

sekiranya kita lemah,
kita akan hanyut dgn mgikut kata hati
dan x berusaha mncari penyelesaian
untuk selamatkan diri & keadaan...

kehidupan itu suatu nikmat
bg org yg mhargai & myedari...


Sunday, August 16, 2009

~~~HATI~~~




Sabda Rasulullah saw:
"Bahawasanya
di dalam jasad anak Adam
ada seketul daging.
Apabila baik daging itu,
baiklah seluruh anggotanya.
Sebaliknya,
jika jahat daging itu,
jahatlah seluruh anggotanya.
Ketahuilah daging itu ialah
hati."
Riwayat Al-Bukhari

Friday, August 14, 2009