Wednesday, November 24, 2010

...


Harapan dari setiap insan
Kesenangan serta ketenangan
Menjalani hidup ini
Tanpa ada cubaan

Sayang harapan itu tak pasti
Kerna cubaan akan terjadi
‘Tuk menguji sabar diri
Dan ketaqwaan

Akan kah kita tetap tegar menjalaninya dgn keikhlasan
Ataukah terjerumus ke dalam keputus asaan



ya Allah, perkuatkan sbuah hati..
perteguhkan sebuah jiwa..

perhebatkan iman..
agar kepentingan diri tidak menjadi keutamaan..

keselesaan diri x menjadi perbicaraan..
kepenatan diri x mnjadi rungutan..

AMIN
.........................................................................................

NET



Tuesday, November 9, 2010

ALHAMDULILLAH

tanggal detik 9/11/2010

hari last 'operation' day

bersama usrahmate...kak eira...fateh yg comey

ini kali pertama aku sambut sambutan ulang tahun kelahiran sebanyak 3 kali dlm setahun...

tima kasih buat sahabat2 ku,
akhawat2 ,
usrahmate...
dan 3 kali jugak la dapat makan kek
i like cake...weee~~~~
:)



ALHAMDULILLAH YA ALLAH
ALHAMDULILLAH YA RAHMAN

ALHAMDULILLAH YA RAHIM

Alhamdulillah..
dengan kasih sayang serta rahmatNya
aku masih lagi bernafas
aku masih lagi diberi peluang nikmat iman dan islam

aku masih lagi diberi peluang untuk terus berjuang
aku masih lagi bernafas wpun kdg kala ia sesak bagiku...

Alhamdulillah..
aku harus tabah..
aku x boleh pentingkan diri..

aku yakin, DIA bersama aku...sentiasa...

Ya Allah...
andainya aku tamak,maafkanlah...

andainya aku melampau,maafkanlah...
andainya ini yang terbaek,permudahkanlah...

Ya Allah...
peliharalah hatiku..
imanku...
akidahku...

solatku...
akhlakku
peluklah hatiku..

terangilah hatiku..
agar aku teguh pada jalanMu...

buat sahabat2 ku

buat sahabat2 seperjuangan ku
buat keluarga ku
ira mohon keampunan d atas segala kesalahan & kesilapan
maaf...
ira byk menyusahkan kalian

maaf...
maaf...
maaf

banyak perkara berlaku tanpa ira memintanya...
Allah Maha Mengetahui...

buat mama abah aa dan adik2 ku
net byk buat mama nangis...

net x sgup tgk mama nangis sebab net..
mama, ketahuilah semuanya ada hikmah..
abah, ketahuilah net sayang abah..
aa, jglah dirimu...jgn kamu terpedaya dgn helah d dunia..
mamat, jglah mama abah aa dan adik2..kamu adik yg kuharapkan
tam, jgn malas2...jg dirimu,syg

adek...net sayang adek sgt2...

Ya ALLAH...
sembuhkanlah
sembuhkanlah

sembuhkanlah

amin amin amin

.............................................................................................................................................
cahaya berseri
sweet 21

Monday, November 8, 2010

YA RAHMAN




Allah..
Allah..
Allah..
Allah..
Allahu ya Rahman

berlalu waktu berlalu
sepi menghantar kembali padaMu
bersimpuh aku bersimpuh
dalam lelah hati memohon padaMu

di pintu kasihMu hati kan mengadu
di dalam gelapku memohon ampunMu
kasihani aku terangi jiwaku
sinari hidupku

dan berharap belas kasih
dan berharap maaf untuk
segala salah dan dosa dari hitam di langkahku
semoga engkau beri
setitik cahaya terang
sebelum masa hilang dari pandangan

Wednesday, October 27, 2010

Sesungguhnya

sungguh,aku inginkan keceriaan itu kembali padaku...
sungguh,aku inginkan kesihatan itu kembali padaku...
sungguh,aku inginkan kebahagiaan itu kembali padaku...
sungguh,aku inginkan segala galanya seperti sedia kala...
sungguh,aku teringin sekali segala gala nya normal...
sungguh,aku tidak mengerti mengapa ia terjadi padaku...

aku hanya seorang wanita yang lemah
yang baru bertatih menyusuri jalan ini
sungguh,ia terlalu berat buat wanita sepertiku
sungguh,berat dugaan yang Allah berikan padaku
sungguh,ia terlalu pahit untukku telan

sungguh,segala gala telah tercatat...
sedangkan aku tidak mengetahui
sesungguhnya, ALLAH MAHA MENGETAHUI akan segala galanya

setiap selangkahku, aku hanya ada ALLAH
setiap hembusan nafasku, aku hanya ada ALLAH
setiap kali kesakitan itu datang , aku hanya ada ALLAH

apabila kesakitan ini datang menerpaku
dihatiku hanya mampu menyebut namaNya
apabila kesakitan itu datang menerpaku
dihatiku aku tahu ALLAH amat menyayangiku

pernah aku hampir putus asa
tapi ALLAH memujukku
sabar sabar sabar
ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar

aku menangis apabila mendengar cerita yang p.cik ceritakan
cerita tentang Rasulullah s.a.w
baginda di datangi seorang wanita mengadu sakit yang sama sepertiku alami
baginda memberi wanita itu 2 pilihan:
pertama , aku berdoa dan kamu sembuh
kedua , kamu bersabar dan syurga keatas mu
wanita itu memilih untuk bersabar
Subhanallah Subhanallah Subhanallah
(riwayat bukhari dan muslim)
(buku At Tibb An Nabawiy - berubat mengikut Nabi ms77)

Ya Allah, aku jua begitu
memilih untuk bersabar

......................................................................................................................................................................
aku x mampu bercerita pada kalian
betapa aku bersyukur pada ALLAH atas segala nikmatnya padaku


ASSALAMUALAIKUM
&
TERIMA KASIH PADA KALIAN
YANG BERSAMA -SAMAKU
KETIKA AKU MEMERLUKAN KALIAN
JZKK
.........
ikhlas dariku


Tuesday, October 26, 2010

sesekali diuji


Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
.......................................................................................................................................................................
NET
YA ALLAH
YA RAHMAN
YA RAHIM
peluklah hatiku
agar aku sabar dgn semua ini

Friday, October 15, 2010

manusia memg x bole lari dr ujian Allah.
sedgkn rasulullah n org saleh t'dahulu diuji dgn ujian lebih teruk.
Apakah manusia mengira mrk akn dibiarkn hanya dgn mengatakn
'kami tlh beriman' dan mrk x diuji? (29:2).
ingat, apabila diuji, manusia akn lupe Allah adalh sebaik2 pendmping.
sgl kmudrtan sbnrnye dtg dr Allah.
Tiada ape pun kuasa yg mmpu mudaratkn kt.
Maka letakkn harapan dan jgn henti tawajuh kpdNya.
Allah maha tau hambanya yg bnr2 IKHLAS bharap pdNya.
jgn lupe utk berikhtiar n kuatkn semangat.


.............................................................................................................................................................
JZKK

ber-tawajuh (memfokuskan diri)

dont be sad
u'll see that 1 day everything
is goiong to be
just fine.
dont give up
and
try ur best..
ALLAH WILL ALWAYS BE WITH U!!
:-)




Monday, October 11, 2010

really2 love KH :)

"pada Hari Akhirat nanti, sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh antara satu sama lain, kecuali orang yang bersahabat atas dasar taqwa"
(Al-Zukhruf:67)

pagi yg berat buatku...


YA ALLAH...mampukah aku???

tertanya2 sepanjang mlm...
susah nk lelap..

::::: salam..k.dayu,internal biase ny bt keje ape??
::::: wslm. internal adalh yg plg pntg coz uruskn usrah,modul..
internal adalh org yg uruskn pasal modul stiap prgrm.sbb tu internal slaluny unit aktvt.

::::: YA ALLAH...mampu ke ira, k.dayu?? kak,tolong ira..
::::: IA mmpu.Allah xkn mbebankn kte dgn ape yg kte x mmpu, tp ble DIA dh letakkn kte kt situ baru kte tau kte blh.doa byk2,jgn risau wpn akk dh letak jwtn sbg internal tp akk tetap akn tlg & jge ira..jgn risau.kmi xkn tgglkn KH mcm tu je.itu kn medan dakwah kte..:-)...



jwpn yg menyenangkan hatiku...
aku redha...
ini kan doaku yg aku mntak dariNYA...
alhamdulillah~~~
alhamdulillah~~~
alhamdulillah~~~
mgkin ini yg terbaek utkku tarbiyyah diriku sendiri...
SAYANG KAMU, K.DAYU...JZKK

AGM KH 10/10/10


AMANAT...
bukanlah hak milik kita...
tetapi
anugerah daripada ALLAH S.W.T
ALHAMDULILLAH~~~

:-)

Monday, October 4, 2010

usah putus asa..


ketahuilah olehmu sahabatku
apabila sumanya serba x kena
dan
kita tak tahu apa lg yg hndak d buat
ingatlah
kita masih bersandar kepada Dia
Yang Maha Mengasihani...

apabila hidup d selubungi kegelapan
dan sumanya menjadi silap
carilah sinar itu
dari Dia
Yang Memberi Cahaya...

apabila d selubungi masalah
sdg kn tiada siapa pun
yg mahu mengambil kisah
ingatlah pada Dia
yang tak pernah melukakan hatimu
Dia Yang Maha Adil...

apabila kesakitan itu menumbangkan kudratmu
jgnlah bputus asa
kerna Dia melihat segala galanya...

apabila lemah tak bermaya
sdg kn perjalanan masih jauh utk d harungi
carilah kekuatan itu
dari
Yang Maha Perkasa...

apabila hidup ini
d rasa kn spt beban
segala galanya goyah
bangunkn semula kota semangat itu
dgn keyakinan bhw
itu adalah iradat Nya...

apabila jln d hadapan
d gelapi kelam mendung
sdg kn tiada sapa d cc mu
carilah jln lurus itu dari Dia
yg mnjadi satu satunya
pnduan hidup...

apabila semua org d sekeliling
tidak mahu mdengar
suara dan keluhanmu
jgn berasa kecewa
kerna
Dia Maha Mendengar...

apabila miskin dan papa
kita tperangkap dlm kesempitan
ingatlah pada Dia
Yang Maha Kaya...

apabila kita dlm kedukaan
sdg kn tiada tempat utk melarikan diri
mengadulah pd Dia
Yang Maha Esa...

apabila keseorangan
dan kedukaan itu
spt tiada penghujungnya
serahkan dirimu kpd Nya
satu satu nya tmpat
yg boleh d gntungkan
harapan nyata...

whatever test u are going through today
Allah knows it..
Allah...your protector
turn to Allah in submission n worship
placing your trust on Him
and
watch what happens!!!

Tuesday, September 21, 2010

~~~`salam aidilfitri`~~~

taman nuri

d'kampung s4

HAPPY FAMILY
sweet syawal 1431
:-)
......................................................................................................................................................................

Wednesday, September 1, 2010

Buat Hati yang Ketandusan Cinta

Sabarlah duhai hati.

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.

Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji.

Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA.

Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.

Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah.

Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.

Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji.

Dari ujian itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.

Tidak ramai yang mahu mengeluarkah keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri,

Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.

Maka sabarlah duhai hati.

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
dia akan datang. itu sudah pasti.

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.


Monday, July 26, 2010

epilog silam....HAIKAL

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

Thursday, March 18, 2010

teman seperjuanganku...


Temanku,
Kau tidak bodoh andai engkau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau redha, sabar dan terus berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga..

Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang.
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan kau biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan..
Berjuanglah temanku,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia,
Nun di SYURGAsmiley-smile

OPEN YOUR EYES....




Open Your Eyes
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?


When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..


Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..

Tuesday, March 16, 2010

Sunday, March 14, 2010

buang bapa...BERNAMA**

Seorang lelaki berusia 60 tahun yang menghidap sakit buah pinggang mengadu ditinggalkan oleh anaknya di sebuah pusat haemodialisis di Kangar semalam tanpa dijemput pulang selepas menjalani rawatan.

Lelaki itu, yang berasal dari Kodiang, Kedah, menunggu untuk dijemput oleh anaknya selepas selesai rawatan itu tetapi sehingga pusat itu menutup operasinya lewat petang, tiada siapa yang datang menjemputnya.

Kerana bimbangkan keselamatan lelaki itu, kakitangan pusat haemodialisis itu telah menghubungi anaknya tetapi anaknya itu tidak datang.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa ketika ditemui pemberita hari ini berkata, hasil temubual mendapati lelaki itu menerima rawatan di pusat itu setiap tiga minggu dengan dibiayai oleh seorang anak perempuannya.

Lelaki itu juga dikatakan pernah kecil hati terhadap tindakan tertentu anaknya sebelum ini dan mahu ditempatkan di rumah kebajikan.

Ku Chik berkata, lelaki itu akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan di Jejawi dekat Kangar selama 30 hari bagi proses kemasukan secara sukarela, dan jika tiada waris yang mahu menjaganya, dia akan ditempatkan di bawah penjagaan dan perlindungan jabatan itu.

Pada 7 Jan lepas, seorang lelaki berusia 57 tahun ditinggalkan bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya di Behor Temak dekat sini.

Lelaki itu dari Arau yang baru menjalani pembedahan jantung ditemui tidur di sebuah pondok bas.

Dia kini ditempatkan di Rumah Kebajikan Batu Bertangkup, Chuping.

- Bernama

Nauzubillahi min zalik...


***abah...net always love u***
love mama....love abah....
.................................................................................................................


Imam Al-Ghazali dan murid-muridnya~~~



Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah
MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah
MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "


Saturday, March 13, 2010

damba KASIH



Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu


Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

...........................................................................................................................................................................



Friday, March 12, 2010

...

mama.............
:'(

Thursday, March 11, 2010

~~~wAniTa~~~





Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan..

..........................................................................................................................................................................
cahaya
berseri

rindunya.......


google maps : around my house

rindu nye kat rumah..
rasa mcm nk terbang balik skg
dapat tgk bumbung pon jadi la .
.......
net

Wednesday, March 10, 2010

happy birthday,mat...sweet17

foto
adik lelaki ku (nafis)
+
adik perempuan ku (najlaa)


MAT,
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN
SWEET 17
..........................................................................................................................................................................
i miss u so much...

Tuesday, March 9, 2010

tinta buat sahabatku NOOR NAMIRAH BT NAWAWI

sahabatku namirah..
mey...

Simpanlah air mata tangisan itu semua
sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri,
segala dosa berbentuk bintik hitam
yang menggelapkan hati
hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.
Justeru,
serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata,
agar ia menitis,
membasahi dan mencuci hati,
sehingga ia putih kembali
dan
semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya...

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah

mey..
aku mengerti perasaan ang
aku pernah rasa
mcm ang rasa skg
tapi
ALLAH MAHA BIJAKSANA..
semua ni ada sebab
ada hikmahnya
bagi mereka yg nmpk
dan
paham
.........................................................................................................................................................................
Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu
..........................................................................................................................................................................
to NAMIRAH: aku sayang kamu...
.


:-)

Thursday, March 4, 2010

rindu...

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu


Rindu pada kedamaian

Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan

Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan

Keredhaan Tuhannya

Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia

Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera

Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi

Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya

Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

Monday, March 1, 2010

untuk renungan bersama...



sejauh mn KESIBUKAN kita dengan ALLAH
sejauh itu KESIBUKAN manusia dgn kita...

sejauh mn KEJAUHAN kita dgn ALLAH
sejauh itu KEJAUHAN manusia dgn kita...

sejauh mn KELALAIAN kita dgn ALLAH
sejauh itu KELALAIAN manusia dgn kita...

di manakah kita?
Muslim @ muslim ?
Muslimah @ muslimah?

...........................................................................................................................................................................
cahaya
berseri

Saturday, February 27, 2010

dulu.......sekarang.......


DULU AKU MERASAINYA,
SEKARANG AKU MELIHATNYA....


DULU AKU MELIHATNYA,
SEKARANG AKU MERASAINYA.....

SUBHANALLAH
SUBHANALLAH
SUBHANALLAH

...............................................................................................................

YA ALLAH

Sunday, February 21, 2010

~~~PESANAN UNTUK KITA~~~


Pesanan terbaik dari seorang sahabat..


Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan ‘menjaga’ bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun. Bahagian ini, menarik sikit.. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar ‘untukmu agamamu, untukku agamaku’ .
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu.. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati, Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal, Pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam
minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya. Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya . Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.



..........................................................................................................................................................................

~~AKU bukan aku~~

Thursday, January 21, 2010

...cukuplah DIA...


Di saat aku memerlukan perlindungan,
Namun tiada siapa yang dapat melindungi,
Dia tempat aku berharap,
Yang nyawaku di dalam tanganNya,
Dia tempat aku meminta belas,
Dia itu Allah,
Dialah pelindungku.

Bila aku bersedih hati,
Tetapi tiada yang sudi mendengar,
Dia mendengarkan semua tuturku,
Walau aku cuma menyusun kata senyap di dalam hati,
Walaupun tak sepatah aku tuturkan,
Dia mendengarkan,
Dialah pendengarku.

Dan aku tidak pernah keseorangan,
Meskipun di saat bersendirian,
Setiap gerak-geri makhluk di dalam perhatianNya,
Tidak mengira tempat dan masa,
Dia takkan pernah terlepas pandang,
Dia lah penemanku di mana saja.

Apabila aku memerlukan semangat,
Tetapi tiada yang ingin menjadi pendorong,
Aku tahu aku ada Dia, cukuplah Dia,
Lalu aku rujuk kalamNya,
Kerana di situ aku temui madah-madah indah,
Pembakar sebuah semangat yang hampir malap.

Bila aku rasa dunia ini tidak membahagiakan,
Aku ingat pada janjiNya,
Sesungguhnya bahagia yang kekal adalah syurga,
Tak akan aku temui bahagia itu di dunia,
Lalu aku redhakan segalanya,
Demi untuk bertemu bahagia yang hakiki di sana.

..........................................................................................................................................................................
cahaya berseri