Thursday, March 12, 2009

SaKiT NyA uNtUk mEmAaFkAn


Tiada siapa yang inginkan sesuatu yang tak elok terjadi terhadap dirinya. Manusia yang waras tentunya menginginkan yang baik-baik sahaja.Namun kadang-kadang situasi yang memaksa kita menjadi seorang yang di luar kawalan.Adunan perasaan yang seribu satu serta di dorong angan yang tidak berkesampaian mengubah kita menjadi insan yang sukar di ramal.Hinggakan kadang-kadang kita sendiri benci melihat bayang-bayang sendiri, kerana kita juga tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.Ingin melangkah tapi terasa bagaikan kaki di rantai. Ingin menjadi lebih baik tetapi ada sahaja alasan yang menghalang. Harus bagaimanakah?


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [Al-Baqarah:216 ]

Maka,, maafkanlah.Sesungguhnya maaf adalah penawar yang terindah, dan sebelum kita memaafkan seseorang, kita kena maafkan diri sendiri dulu. Lapangkan dada, tenangkan hati. cuba untuk berpijak di bumi yang nyata. jika kita tidak nampak apa-apa jaminan positif di masa hadapan, maka lepaskan dia pergi. past is past, gone is gone. kita hidup hari ini kerana sejarah semalam. dan untuk hidup esok hari, bergantung kepada apa yang kita lakukan pada hari ini. Optimislah.

No comments:

Post a Comment