Saturday, November 7, 2009

~~~SEANDAINYA~~~

seandainya dunia tiada warna
tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaanNya
kudratNya ku agungi

namun jalin warna zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tika dalam gelita
atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya

hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tak akan ku persia
limpah rahmat yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya

moga tak diuji asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Ilahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanyalah pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia...

Friday, November 6, 2009

~~~DHUHA~~~

SeMatKaN aNgAn
HiNgGa MeNcApAi BiNtAnG KeBeRkAtAn..
JaDiKaN kEdipAn KeLoPaK MaTaMu
DaLaM kEdiPaN mUrAh HaTi..
BiLa HaTi MeRaGu,
SeGeRa JeLaSkAn KePaDa NYA
bAhAwA Di gUgUsAn gALaKsi
siNaR tErAnG MeNeRpA PaGi..
bErSiApLaH
MeNgHaDaPi WaKtU DhUhA sELaNjUTnYa...

Thursday, November 5, 2009

kek..kau tetap d hati~~~~ :-)

dah 2 kali aku g melantak kek kt K9..
adusssss...
bau kek smp bole terasa kt bilik aku nih...
kek ok kek....

Tuesday, November 3, 2009

~~~SCHAZMIN OH SCHAZMIN~~~



SCHAZMIN...
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN , MIN...

min is my ex roomate aku dulu..
mmg best r bile teringatkan kenangan2 dgn min dulu...
skg dia dok bilik single..
aku lak dgn fana..
tp, slalo je jmpa time selisih klas, time usrah...
mmg kecoh gler r klu tjumpa...
huhuhu

min...min..
teringat time mula2 jmpa dulu..
rs mcm dh kenal lama jew...
kan..

masa MHS dulu..
sama2 tamau g DSM awal2 pagi..
kol 530 kot...mmg x r...
mata pn stim2 lagi..
lgpn sama2 mcm kambing sket...
takot air d kala pagi mnjelma..
huhuhu

min mmg sahabat yang baik..
dia baik sgt layan aku..
kdg2 sgup bagi aku tdo berhimpit sebelah dia..
maklumlah...
bile guruh kuat nie, kilat mlm2
bt aku cuak, tkot, mcm2 r rs...

min..
thanx coz jadi sahabat karib aku..
ko mmg best baek cute n mcm2 r..
huhuuhu...
bkn bodek maaaaaaa... :)


SCHAZMIN..
jaga diri baek2..

Sunday, November 1, 2009

~~~PUTERIKU SAYANG...Hijjaz~~~



















Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Saturday, October 31, 2009

~~~ABADIKAN~~~

Jadilah perhiasan dunia,
yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan.

Sirami jiwamu dengan titis haruman iman,
maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata.

Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah,
menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq.

Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat,
sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana.

Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa.
Moga mengalirlah air mata keinsafan.
Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya.

Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri,
natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa.

Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya.

Friday, October 2, 2009

layar keinsafan...salam terakhir~~~

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora