Thursday, January 21, 2010

...cukuplah DIA...


Di saat aku memerlukan perlindungan,
Namun tiada siapa yang dapat melindungi,
Dia tempat aku berharap,
Yang nyawaku di dalam tanganNya,
Dia tempat aku meminta belas,
Dia itu Allah,
Dialah pelindungku.

Bila aku bersedih hati,
Tetapi tiada yang sudi mendengar,
Dia mendengarkan semua tuturku,
Walau aku cuma menyusun kata senyap di dalam hati,
Walaupun tak sepatah aku tuturkan,
Dia mendengarkan,
Dialah pendengarku.

Dan aku tidak pernah keseorangan,
Meskipun di saat bersendirian,
Setiap gerak-geri makhluk di dalam perhatianNya,
Tidak mengira tempat dan masa,
Dia takkan pernah terlepas pandang,
Dia lah penemanku di mana saja.

Apabila aku memerlukan semangat,
Tetapi tiada yang ingin menjadi pendorong,
Aku tahu aku ada Dia, cukuplah Dia,
Lalu aku rujuk kalamNya,
Kerana di situ aku temui madah-madah indah,
Pembakar sebuah semangat yang hampir malap.

Bila aku rasa dunia ini tidak membahagiakan,
Aku ingat pada janjiNya,
Sesungguhnya bahagia yang kekal adalah syurga,
Tak akan aku temui bahagia itu di dunia,
Lalu aku redhakan segalanya,
Demi untuk bertemu bahagia yang hakiki di sana.

..........................................................................................................................................................................
cahaya berseri

Thursday, January 14, 2010

...aku jatuh cinta...


Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Ya rasul... ya rasul, ku rindu padamu.... syafaatkan daku
Ya rasul... ya rasul, syafaat kan daku.... ku rindu padamu

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

Tuesday, January 12, 2010

...aku merinduimu..


Ya Rasulullah...
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa


Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia kan mati akhirnya


Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Aku merinduimu , Ya Rasulullah...
..........................................................................................................................................................................
NET

Thursday, December 31, 2009

~~~010109-311209~~~

sepanjang 2009
mcm2 perkara berlaku dlm hdup aku...
baek manis, atau buruk aku hadapi sorg2..
kadang kala aku share mslh dgn mama...

hidup ni indah..
kadang kala ALLAH akn bg kita dugaan..
aku redha..
sebab aku taw ALLAH sayang aku..
:-)

bagi aku..
kehidupan nie sgt indah
kalau kita berada d landasan yg benar..

..........................................................................................................................................................................
byk yg aku nk cite,tp x larat nk taip...
mama abah, net sayang mama abh..
aa, jg diri baek2..
adik2 ku, kehidupan nie, makin hari makin mcabar..jgn terpesong akidah sayang2 ku....
paksu, tima kasih sbb byk tolong bantu ira aa mamat..jasa paksu sgt besar bt kami...

YA ALLAH
PELIHARALAH ORANG2 YG AKU SAYANG
DUNIA & AKHIRAT

...................................................................
NET 2009 IS OVER

Tuesday, December 29, 2009

mama


mama
net nak balik rumah...
net nak balik....
net x mou dok sini...
net rindu mama...
rindu sgt2...
net sayang mama...
:"(

Sunday, December 27, 2009

; "(

kenapa dgn aku ni??

kenapa dgn aku ni??

kenapa dgn aku ni??

kenapa dgn aku ni??

kenapa dgn aku ni??

nape aku rasa len mcm je nih??
aku da bt silap ke??
aku da bt salah ke??
tapi apa??
aku tak tahu pe salah aku??
aku tatau napa dgn aku nih...

YA ALLAH...
jauhilah aku dari prkara yg x bermanfaat...
dari fitnah yang x pernah sudah....
dari kesedihan yang tak tahu dari mn punca nya...
...........................................................................................................................................................................
semoga segalanya selamat belaka,NET..


TO MY LOVELY SISTER:
AA
SELAMAT HARI LAHIR
SWEET 22
I LOVE U

Saturday, December 26, 2009

~~~MESTIKAH???~~~


kenapa???
kenapa???
kenapa???
;-(

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui
..........................................................................................................................................................................
jangan bersedih, NET...
senyum la...